Sunday 14 July 2013











  •  Manusia : Bolehkah aku kecewa ?

Qur’an : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. 

~ sentiasalah " senyum " agar sedih sukar mendapat tempat di hati ;) .. Orang yg berbaik sangka selalunya tersenyum. Sedangkan orang yg suka bersangka buruk sukar tersenyum. Nampak x ? Jangan periksa hati maupun mata, tapi cubalah periksa mata hati kita ^^

~ Jangan pernah melihat masalah hidup itu sebagai satu bebanan buat dirimu..tetapi pandanglah masalah hidup itu sebagai satu ujian ILAHI dalam memantapkan keimanan dalam dirimu..itu adalah hadiah terbaik dari ILAHI.. Ya-Allah, hanya Engkau yang memahami isi hati hamba. sungguh, hamba sangat memerlukan kekuatan dan ketabahan Ya-Allah ")

Friday 24 May 2013

DUHAI HATI ")



"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.", surah Al-Baqarah ayat 216

        



kita hanya mampu merancang


" Janganlah bersedih bila apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan. Aturan ALLAH itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancang. Redha dan terimalah ketentuan Ilahi itu dengan hati yang terbuka dan yakinlah susunan ALLAH sentiasa yang terbaik buat kita semua. Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi .."


:: ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita terus tabah dan terus berusaha **




Friday 22 February 2013


 bersama murabbi kesayangan kami ^^
 " Kenangan Bersama Adalah Yang Terindah "

....... barisan MURABBI yang tidak pernah mengenal keletihan :)






ustaz Najib . . ^^  





ustaz Bakhit :)





ustaz shukri ^^





ustaz Alwee :)






ustaz Jailani .. hahaha.. banyak kenangan bersama ayahnda. ( kelas sentiasa dihiasi dengan gelak ketawa.. BUAYA ) :) :) hehe








Dr. Syed Abdurrahman :)


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa.. hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu Bertemu untuk mematuhi perintah Mu. Bersatu memikul beban dakwah Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia.. untuk mendaulat dan menyokong syariatMu Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini.. akan jalannya yang sebenar  dan Penuhkanlah piala hati ini.. dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini.. dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu.  jika Engkau mentakdirkan mati Maka matikanlah pemilik hati-hati ini.. sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu. Engkau lah sebaik-baik sandaran.. dan sebaik-baik penolong. Ya Allah Perkenankanlah permintaan ini Amin ya rabbal Aalamin..







BERSABARLAH . . . 



Disaat apa yang kita impikan begitu dekat
Dan telah Allah letakkan di atas telapak tangan
Sungguh hanya dengan kehendak Allah jua lah
Jari-jari kita dikuatkan untuk kemudian menggenggamnya
Sungguh hanya Dialah yang akan memberi kita
Kemampuan untuk kemudian memeluknya erat

Jika mungkin hari ini
Allah meletakkan semua apa yang kita impikan
Diatas telapak tangan kita
Untuk sekedar menguji keikhlasan
Bersabarlah …

Bersabarlah
Hingga akhirnya ia akan menggantinya
Dengan yang terbaik
Dan menguatkan kita
Untuk benar-benar menggenggam dan merengkuhnya
Kerana ia memang Allah berikan untuk kita

Bersabarlah ….
Jika waktunya telah tepat
Sungguh apa yang Allah tetapkan untuk kita
Tak akan pernah berubah

Friday 15 February 2013


|| perkongsian dari ana ||


~ Kata-kata motivasi kali ni dipetik dari “artikel motivasi bertajuk 17 Petua Mencuci Hati karya asal oleh Dr Fadzilah Kamsah.

1. Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan.
     
       Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.

Thursday 14 February 2013

                             

                    *** masam manis kehidupan ... ... ... ( Tarbiyyah )
sahabat dalam perjalanan hidup kita ..


     Berbagai proses perjalanan hidup yang kita alami. Tentunya sahabat-sahabat dalam perjalanan hidup juga ada yang datang dan ada yang pergi. Tidak selamanya dapat selalu bersama.
Saat berjalan bersama dalam kepayahan, memang banyak yang merasakan indahnya hidup.. bila diisi dengan keceriaan dan kebersamaan dengan mereka yang disayangi... Walau dalam perjalanan terdapat sedikit gangguan, namun semua itu bukanlah menjadi masalah..... Memang masing-masing memiliki karakter yang berbeza, tetapi bila dicermati intinya,, ia sama : “tiada orang yang senang kesepian”.





yea cik Qadeerah .. haha. 



tengok... mereka saling bantu antara satu sama lain. ini lah yang dikatakan liku2 kehidupan ( berjaulah la yerr ) ahahah .





ceciter2,hehe.. berkongsi idea untuk memulakan game :) nak tau tak game apa yang kitaorg buat ?? haha.. segan lah nak citer n_N





bila nak bbq ne?? alahai korang . . . akhowat kat bawah tu dh lapar sangat tue ..hehe









************************


seutuh pengorbanan . . seusai perjalanan 


Semoga semua yang menjadi sahabat kita akan selalu menjadi sahabat. Itulah hal yang terindah dalam hidup ana :)



. . berpijak di bumi yang nyata ^^
segala ciptaan yang telah Allah lakukan adalah satu anugerah bagi kita sebagai hambaNya :) 





kehijauan yang sangat menyayat hati :)





melihat air yang mengalir jernih .. subhanallah 






kehijauan daunan.. warna-warni 





kehebatan air yang menglir begitu deras sekali ^^



"Seronokkah antum melihat pemandangan sebentar tadi?

"Bersyukurlah kita, kerana mata ini tidak dibutakan lagi, masih lagi mampu melihat keindahan yang berada dihadapan kita sekarang ini, lihat disana, masih lagi mampu untuk kita lihat.. langit biru dan awan-awan diangkasa. Jadikan ia asbab hidayah kepada mereka . Tidak ada yang menciptakan semua ini melainkan Allah SWT."


"Akhir kata, jangan jadikan mata kita ini mata yang penuh dengan fitnah, tetapi jadikan mata ini penerang kepada hati yang gelap. Biarpun kita ditakdirkan buta, biarlah buta mata tetapi jangan buta hati."